Life is a Journey

Life is a Journey

Ahad, 14 Julai 2013

mcm2 gaya tgk tv..

gaya auni menonton tv..die dah puas punggah semua majalah umi..ini plak die buat..remote tv ntah kemana dicampaknye.at last..box yg umi letak remote..jadi bahan ujikaji die..mula2die masukkan kaki..eh..mcm x best je..ape kate..auni masuk je terus.makin ikut dan die je..asal boleh ye auni.pastu kalo jatuh ke terduduk ke..panggil..ma..ma...mintak tlg la tuh..tunggu papa beli sofa kecik tuk auni ye..

Rabu, 26 Jun 2013

Auni mamai..

Teringat kisah pagi tadi.
bile auni bangun dr tido dlm pkul 6 pagi..
Menangis..so dah paham dah..die nak susu..
xnak duduk dlam playpen dah..
angkat die keluar..
auni follow aku ke dapur..
ikut aku dr belakang..sambil nangis nih..k umi faham syg oi..
tgh duk berjalan tu..boleh plak si auni ni terduduk..
Nampak sgt...die berjalan dalam tido..hahaha..
bertambah kuat menangis nye..huhuhuhu..
Lawak la si auni ni..
dah bagi susu..habis..terus sambung tido..
mcm2 perangai lah si auni ni..

Selasa, 23 April 2013

Sila ganti Puasa Ye.

wah..Lam gile x update blog nih..hehehe..sibuk dengan class and keje2 MQA lah..
ikutkan keje x penah nak habis..ade je yang dtg..but stay cool..

Harini berpuasa..ganti puasa..baru sedar diri x ganti puasa lagi..huhu..alpa nya diri ku ini..Ya Allah ampunkan aku..

Jom kita kongsi bersama,sekadar peringatan kite bersama..Lepas ni kene ingat tau..jgn lupe lagi k.(mengingatkan diri sendiri juga)hehehe..

ade hari - hari tertentu yang dilarang berpuasa.JOm kite check..

IBADAT PUASA

Menurut hukum Islam, ada beberapa hari yang tertentu, yang dilarang mengerjakan puasa padanya, seperti berikut:
Puasa Pada Kedua-dua Hari Raya
Alim ulama' rahimahumullah., telah ijma' (sekata) tentang haramnya berpuasa pada kedua-dua hari raya iaitu hari raya "Aidilfitri" dan hari raya "Aidiladha" - sama ada puasa wajib atau puasa sunat. 
Dalilnya ialah hadith yang berikut:
35- عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ قَالَ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ هَذَانِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا يَوْمُ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ وَالْيَوْمُ الْآخَرُ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ. (رواه البخاري)
35- Dari Abu `Ubayd, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama-sama dengan Saiyidina `Umar bin al-Khattab r.a., lalu ia berkata:  "Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi, Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa padanya, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan hari raya Aidiladha untuk kamu makan dari daging korban kamu."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
__________________________
1. Fath al-Bari (5:142).

Ditegaskan lagi dalam sebuah hadith yang antara lain seperti berikut:
36- أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ. (رواه مسلم)
36- " .. Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa pada dua hari, iaitu: "Hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadith sahih yang lain, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, rahimahumallah., dari Ibn `Umar r.a., bahawa seorang lelaki telah datang bertanya kepada Ibn `Umar, katanya:
"Saya telah bernazar untuk berpuasa sehari, kebetulan hari itu jatuhnya pada hari raya puasa atau pada hari raya haji,  (bagaimana hukumnya)?"
Ibu `Umar menjawab: 
أَمَرَ اللهُ بِوَفَاءِ النَّذَرِ وَنَهَي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ هَذَا الْيَوْمِ.
"Allah Taala telah perintahkan supaya (orang yang bernazar) menyempurnakan nazarnya dan Rasulullah s.a.w. pula telah melarang (umatnya) daripada berpuasa pada hari yang tersebut."(2)
_____________________________
1. Ittihaf Ahl al-Islam (250).
2. Kitab yang sama (251).

Puasa Pada Hari-hari Tasyriq
Hari-hari tasyriq (أيام التشريق) ialah tiga hari yang mengiringi hari raya haji iaitu hari yang kesebelas, kedua belas dan ketiga belas.
Dalam masa inilah orang-orang yang mengerjakan ibadat haji - berhimpun di "Mina".
Larangan berpuasa pada ketiga-tiga hari yang tersebut ada diterangkan dalam hadith yang berikut:
37- عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أُنَادِيَ أَيَّامَ مِنًى إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَلَا صَوْمَ فِيهَا يَعْنِي أَيَّامَ التَّشْرِيقِ. (رواه الإمام أحمد)
37- Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum."(1)
(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)
____________________________
1. Nail al-Autar (4:277).

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
38- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حُذَافَةَ يَطُوفُ فِي مِنًى أَنْ لَا تَصُومُوا هَذِهِ الْأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (رواه الإمام أحمد)
38- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abdullah bin Huzafah menyeru di merata-rata tempat, di "Mina", katanya: "Janganlah kamu berpuasa pada (ketiga-tiga) hari tasyriq ini, kerana ditentukan untuk kamu menikmati makan minum (dengan gembira) dan untuk kamu mengingati Allah Azza wa Jalla (dengan takbir dan tahmid)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Larangan yang tersebut adalah larangan haram.
___________________________
1. Al-Fath al-Rabbani (10:144), hadith ini 'sanad'nya jayyid (elok).

Puasa "Hari Syak":
Hari "syak" juga dilarang berpuasa padanya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
39- عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه أبو داود والترمذي)
39- Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1)
(Hadith Hasan Sahih - Riwayat  Abu Daud dan Tirmizi)
"Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.
Larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2)
Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar,  maka yang demikian tidak dilarang.
Demikian juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang.
Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan. 
____________________________
1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) "Aba al-Qasim" (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama "al-Qasim".
2. Sabil Al-Muhtadin (2:142).

Puasa hari Jumaat
Dilarang juga berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد)
40- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."(1)
(Riwayat Imam Ahmad)
Larangan yang tersebut ialah larangan makruh. 
Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu:
Bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai hari raya.
_________________________
1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim. 

Puasa hari Sabtu
Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." (1)
Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar.  (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).(2)
_______________________________
1. Fiqh al-Sunnah (1:446), hadith ini Hadith Hasan, menurut Imam Tirmizi.
2. Kitab yang sama (1:446).

Hukum Isteri Mengerjakan Puasa Sunat Dengan Ketiadaan Izin Suami
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
41- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ. (رواه البخاري ومسلم)
41- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak halal bagi seseorang perempuan mengerjakan puasa sunat sedang suaminya ada bersama melainkan dengan izinnya".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menjadi dalil bahawa haram atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suaminya, kecuali kalau suaminya tidak ada bersama - kerana pergi keluar negeri maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.
Jelasnya hak suami adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dicuaikan kerana melakukan suatu yang sunat. 
_______________________
1. Al-Fath al-Rabbani (10:66). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.
Hak Isteri Terhadap Suaminya
Suami pula bertanggungjawab menyempurnakan hak isterinya dan dilarang mengerjakan puasa sunat yang berlebihan yang akan menyebabkan dia mencuaikan hak isterinya.
Masalah ini diterangkan dalam sebuah Hadith Sahih riwayat Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. mendapat tahu perihal seorang sahabat Baginda iaitu Abdullah bin `Amru r.a., mengerjakan "puasa sunat" pada tiap-tiap hari sepanjang masa dan ia pula berjaga malam mengerjakan "sembahyang sunat".
Setelah Baginda bertanya, Abdullah mengaku,  lalu Baginda melarangnya berbuat demikian dan menegaskan lagi, sabdanya:
42- صُمْ وَأَفْطِرْ وَقُمْ وَنَمْ فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِزَوْرِكَ عَلَيْكَ حَقًّا. (رواه البخاري)
42- "Berpuasalah engkau (pada hari-hari yang tertentu) dan berbukalah (pada hari-hari yang lain), demikian juga kerjakanlah sembahyang sunat (pada sebahagian malam) dan tidurlah (pada sebahagian lagi), kerana sesungguhnya tubuhmu ada haknya yang wajib engkau tunaikan, matamu ada hak yang wajib engkau tunaikan, isterimu ada haknya yang wajib engkau tunaikan dan tetamumu juga ada haknya yang wajib engkau tunaikan .."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
Dalam hadith ini Baginda mengingatkan umatnya supaya sentiasa menggunakan cara yang sederhana dalam segala hal dan dalam masa kita mengerjakan amalan yang sunat,  jangan pula kita melupakan perkara yang wajib. 
_________________________

1. Riwayat Bukhari dari Abdullah bin `Amru r.a., Fath al-Bari (5:121).

Sumber:www.islamgrid.gov.my

Khamis, 28 Mac 2013

Termiss Rutin Harian..

As salam..
biasanya setiap pgi..before siap2 pegi keje,mesti pakai jam baby g kesha then cincin..itu rutin harian..
tp hari ini..
dah sampai tempat keje,tgh breakfast,bru sedar..OMG tak pakai jam..
so weird...seriously..
ape2 je..mesti tgk jam..then,harini boleh lak terlupe..Pikir pasal ape aku ni..smpai lupe nak pakai jam(fikir bile gaji nak masuk kot)..hahaha..

 miss my watch so much..x lengkap rase diri nih..

Selasa, 26 Mac 2013

What a Day..

hahaha..
sampai halfway..oo..oo.minyak dah nak habis..huhu
so.;.planning to isi minyak at the nearest petrol pam..
so..check purse...Ya allah purse tertinggal plak dah..
Alhamdulillah dengan izin Allah..Selamat sampai kat tempat keje..walaupun minyak dah nyawa2 ikan..huhu

Rabu, 20 Mac 2013

Dah Pandai nak Membaca Dah..

Hmmm..dah pandai nak membelek2 majalah dah..
Cara belek tu mcm org dewasa dah..if x bagi..mengamuk  dah die..menjerit mengalahkan tarzan.
If try mintak..umi nak tengok...umi nak....terus bagi...baik nye die..
dah pandai and faham ape yang kite suruh..Alhamdulillah..

Kecewa






Lunch tadi.Pegi makan kat satu kedai..rasenye x yah sebutla kot nama kedai tu.Selalu order goreng goreng..tp saje nak ubah selera harini.Kami order nasi putih ngn tomyam ayam.
First tanye dulu..akak boleh buat tak?coz biasa die masak goreng2 je..then akak tu ckp ok.. Boleh no problem..Tunggu lebih kurang 6 minit cam tu lar..zassss..dah sampai dah hidangan tomyam ayam yang ditunggu tunggu..hmmmm..rasenye cam takde bau ape2 pun yang berkaitan dengan tomyam pun tadi..hmmm..tetibe dah siap..pelik jgk tu.
Bile sampai tang merasa tuh..hmmmm..speechless..bukan sebab sedap..xde rase lansung..
Sabarjela wahai hati.. tapi sebab lapar punye pasal..telan je lah..