Life is a Journey

Life is a Journey

Isnin, 21 Oktober 2013

Happy family

Hahaha...dah lame x snap picture satu family..pegi kenduri pegi mkn...auni plak duk obses naik tangga turun tangga...huihhh..letih kejar die...bru je nk tambah lemak..haha...maka terhapus la lemak itu...
Baru anak sorang...dua orang..tiga orang..pengsan mak...

Jumaat, 18 Oktober 2013

Pantang jumpe buku.

Auni..sekarang ni..kalo jumpe buku or majalah...confirm die akan belek satu persatu..seolah2 faham ape isi nya..haha..majalah2 aku kt rak tv tu dah lame jdi mangsa auni..dikoyak satu persatu..haiya...nk jerit dah x terdaya dah raya...xpe lah..let her explore...hihi..sbb bdk umur sebaya auni ni die tgh observe everything..termasuk lah ape yg kita buat..ape yang kite ckp..
SO..kita as a parent kene tunjuk kan contoh yng terbaik..gunakan bahasa yg elok..sbb mereka dlm proses memerhati....

Rabu, 2 Oktober 2013

Mak cik Iklan..

auni skang ni bile tgk iklan..hmm..ralit sangat..
dri duk memunggah barang mainan..terus terhenti..
Betul la org ckp, anak umur setahun lebih die mula nak memerhati ape org buat..especially iklan..

iklan fair and lovely yang paling auni minat..dengar je rentak lagu iklan tu..dari dapur(duk tengah memunggah barang dapur) terus berlari depan TV..menari nari.suke sangat ngan iklan tu.



.http://www.youtube.com/watch?v=t3lKAImE4pU
 

Selasa, 1 Oktober 2013

Realiti Seorang Wanita


Ini realiti nya....Suami Vs isteri

Baru je post gambar ni kt Fb.Yap...of course yang like..geng2 perempuan..mmg kenyataan pun. Rata2 nya mmg mcm ni..
Bukannya nak menyalahkan sesiapa. Realiti nya Suami kene lah faham tugas seorang isteri..Sebelum nak keluar tu..mcm2 nak kene setel kan..kalo seorang anak.sebelum nak keluar:
1) Mandikan Anak
2)siapkan Anak
3) Siapkan kelengkapan/beg Anak(bwk spare susu,pampers, baju anak) kot2 anak     lapar..Terberak ke ape..(kene Stanby siap2)
4)Siapkan baju Suami
                            Last sekali baru siapkan diri sendiri
5) pkai tudung,make up sikit,,hehe..kang xde la si suami ni malu..si isteri ni selebet          jer..(tapi realiti nya suami tak faham semuani..seriously.
 
Ok..Ini Baru anak seorang..Kalau ade anak kembar or ade anak kecik 2 @ 3 org..Boleh Bayang kan tak mcmane???
 
So, nak plan pegi mane2 ker sila bgthu awal2 k..sbb si isteri ni banyak benda nak buat..kalau nak cepat..tlg si isteri ni setelkan mane yang patut..tlg pack brg anak ke ape ke..kan?? 
 
Kalo si isteri tak jaga penampilan,mula la nak pandang kiri kanan..kan..kan..
Ade sesetengah lelaki kata:make up ke tak make up ke sama je..si suami tetap sayang isteri..(yeke??)xleh percaya 100%...

Jumaat, 13 September 2013

Mood Sgt Geram

dah masuk bulan september dah..
sekejap je mase berlalu..
blog ni pun dah berabuk..huhu..
sorry..sibuk dengan keje hakiki..
now baru ade peluang nak update blog..
time ni masing2 busy invigilate..
its Examination week..so relax sikit..but after dapat paper..nak marking..
hahahaha..jadik org sewel sekejap..faham2 jela..
jadi geram..bile sehabis daya mencurahkan ilmu..end up dengan keputusan yang kurang memuaskan...hmmm...pusing sikitje soalan..tp still guna theory yang sama..dah xleh jawab..
Rase tahap kemarahan tu berada di tahap maksimum....
semuanya nak kene suap budak2 zaman sekarangni..
hissshhhh..x faham la aku..

Ahad, 14 Julai 2013

mcm2 gaya tgk tv..

gaya auni menonton tv..die dah puas punggah semua majalah umi..ini plak die buat..remote tv ntah kemana dicampaknye.at last..box yg umi letak remote..jadi bahan ujikaji die..mula2die masukkan kaki..eh..mcm x best je..ape kate..auni masuk je terus.makin ikut dan die je..asal boleh ye auni.pastu kalo jatuh ke terduduk ke..panggil..ma..ma...mintak tlg la tuh..tunggu papa beli sofa kecik tuk auni ye..

Rabu, 26 Jun 2013

Auni mamai..

Teringat kisah pagi tadi.
bile auni bangun dr tido dlm pkul 6 pagi..
Menangis..so dah paham dah..die nak susu..
xnak duduk dlam playpen dah..
angkat die keluar..
auni follow aku ke dapur..
ikut aku dr belakang..sambil nangis nih..k umi faham syg oi..
tgh duk berjalan tu..boleh plak si auni ni terduduk..
Nampak sgt...die berjalan dalam tido..hahaha..
bertambah kuat menangis nye..huhuhuhu..
Lawak la si auni ni..
dah bagi susu..habis..terus sambung tido..
mcm2 perangai lah si auni ni..

Selasa, 23 April 2013

Sila ganti Puasa Ye.

wah..Lam gile x update blog nih..hehehe..sibuk dengan class and keje2 MQA lah..
ikutkan keje x penah nak habis..ade je yang dtg..but stay cool..

Harini berpuasa..ganti puasa..baru sedar diri x ganti puasa lagi..huhu..alpa nya diri ku ini..Ya Allah ampunkan aku..

Jom kita kongsi bersama,sekadar peringatan kite bersama..Lepas ni kene ingat tau..jgn lupe lagi k.(mengingatkan diri sendiri juga)hehehe..

ade hari - hari tertentu yang dilarang berpuasa.JOm kite check..

IBADAT PUASA

Menurut hukum Islam, ada beberapa hari yang tertentu, yang dilarang mengerjakan puasa padanya, seperti berikut:
Puasa Pada Kedua-dua Hari Raya
Alim ulama' rahimahumullah., telah ijma' (sekata) tentang haramnya berpuasa pada kedua-dua hari raya iaitu hari raya "Aidilfitri" dan hari raya "Aidiladha" - sama ada puasa wajib atau puasa sunat. 
Dalilnya ialah hadith yang berikut:
35- عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ قَالَ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ هَذَانِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا يَوْمُ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ وَالْيَوْمُ الْآخَرُ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ. (رواه البخاري)
35- Dari Abu `Ubayd, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama-sama dengan Saiyidina `Umar bin al-Khattab r.a., lalu ia berkata:  "Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi, Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa padanya, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan hari raya Aidiladha untuk kamu makan dari daging korban kamu."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
__________________________
1. Fath al-Bari (5:142).

Ditegaskan lagi dalam sebuah hadith yang antara lain seperti berikut:
36- أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ. (رواه مسلم)
36- " .. Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa pada dua hari, iaitu: "Hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadith sahih yang lain, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, rahimahumallah., dari Ibn `Umar r.a., bahawa seorang lelaki telah datang bertanya kepada Ibn `Umar, katanya:
"Saya telah bernazar untuk berpuasa sehari, kebetulan hari itu jatuhnya pada hari raya puasa atau pada hari raya haji,  (bagaimana hukumnya)?"
Ibu `Umar menjawab: 
أَمَرَ اللهُ بِوَفَاءِ النَّذَرِ وَنَهَي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ هَذَا الْيَوْمِ.
"Allah Taala telah perintahkan supaya (orang yang bernazar) menyempurnakan nazarnya dan Rasulullah s.a.w. pula telah melarang (umatnya) daripada berpuasa pada hari yang tersebut."(2)
_____________________________
1. Ittihaf Ahl al-Islam (250).
2. Kitab yang sama (251).

Puasa Pada Hari-hari Tasyriq
Hari-hari tasyriq (أيام التشريق) ialah tiga hari yang mengiringi hari raya haji iaitu hari yang kesebelas, kedua belas dan ketiga belas.
Dalam masa inilah orang-orang yang mengerjakan ibadat haji - berhimpun di "Mina".
Larangan berpuasa pada ketiga-tiga hari yang tersebut ada diterangkan dalam hadith yang berikut:
37- عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أُنَادِيَ أَيَّامَ مِنًى إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَلَا صَوْمَ فِيهَا يَعْنِي أَيَّامَ التَّشْرِيقِ. (رواه الإمام أحمد)
37- Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum."(1)
(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)
____________________________
1. Nail al-Autar (4:277).

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
38- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حُذَافَةَ يَطُوفُ فِي مِنًى أَنْ لَا تَصُومُوا هَذِهِ الْأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (رواه الإمام أحمد)
38- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abdullah bin Huzafah menyeru di merata-rata tempat, di "Mina", katanya: "Janganlah kamu berpuasa pada (ketiga-tiga) hari tasyriq ini, kerana ditentukan untuk kamu menikmati makan minum (dengan gembira) dan untuk kamu mengingati Allah Azza wa Jalla (dengan takbir dan tahmid)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Larangan yang tersebut adalah larangan haram.
___________________________
1. Al-Fath al-Rabbani (10:144), hadith ini 'sanad'nya jayyid (elok).

Puasa "Hari Syak":
Hari "syak" juga dilarang berpuasa padanya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
39- عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه أبو داود والترمذي)
39- Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1)
(Hadith Hasan Sahih - Riwayat  Abu Daud dan Tirmizi)
"Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.
Larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2)
Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar,  maka yang demikian tidak dilarang.
Demikian juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang.
Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan. 
____________________________
1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) "Aba al-Qasim" (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama "al-Qasim".
2. Sabil Al-Muhtadin (2:142).

Puasa hari Jumaat
Dilarang juga berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد)
40- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."(1)
(Riwayat Imam Ahmad)
Larangan yang tersebut ialah larangan makruh. 
Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu:
Bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai hari raya.
_________________________
1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim. 

Puasa hari Sabtu
Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." (1)
Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar.  (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).(2)
_______________________________
1. Fiqh al-Sunnah (1:446), hadith ini Hadith Hasan, menurut Imam Tirmizi.
2. Kitab yang sama (1:446).

Hukum Isteri Mengerjakan Puasa Sunat Dengan Ketiadaan Izin Suami
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
41- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ. (رواه البخاري ومسلم)
41- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak halal bagi seseorang perempuan mengerjakan puasa sunat sedang suaminya ada bersama melainkan dengan izinnya".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menjadi dalil bahawa haram atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suaminya, kecuali kalau suaminya tidak ada bersama - kerana pergi keluar negeri maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.
Jelasnya hak suami adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dicuaikan kerana melakukan suatu yang sunat. 
_______________________
1. Al-Fath al-Rabbani (10:66). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.
Hak Isteri Terhadap Suaminya
Suami pula bertanggungjawab menyempurnakan hak isterinya dan dilarang mengerjakan puasa sunat yang berlebihan yang akan menyebabkan dia mencuaikan hak isterinya.
Masalah ini diterangkan dalam sebuah Hadith Sahih riwayat Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. mendapat tahu perihal seorang sahabat Baginda iaitu Abdullah bin `Amru r.a., mengerjakan "puasa sunat" pada tiap-tiap hari sepanjang masa dan ia pula berjaga malam mengerjakan "sembahyang sunat".
Setelah Baginda bertanya, Abdullah mengaku,  lalu Baginda melarangnya berbuat demikian dan menegaskan lagi, sabdanya:
42- صُمْ وَأَفْطِرْ وَقُمْ وَنَمْ فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِزَوْرِكَ عَلَيْكَ حَقًّا. (رواه البخاري)
42- "Berpuasalah engkau (pada hari-hari yang tertentu) dan berbukalah (pada hari-hari yang lain), demikian juga kerjakanlah sembahyang sunat (pada sebahagian malam) dan tidurlah (pada sebahagian lagi), kerana sesungguhnya tubuhmu ada haknya yang wajib engkau tunaikan, matamu ada hak yang wajib engkau tunaikan, isterimu ada haknya yang wajib engkau tunaikan dan tetamumu juga ada haknya yang wajib engkau tunaikan .."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
Dalam hadith ini Baginda mengingatkan umatnya supaya sentiasa menggunakan cara yang sederhana dalam segala hal dan dalam masa kita mengerjakan amalan yang sunat,  jangan pula kita melupakan perkara yang wajib. 
_________________________

1. Riwayat Bukhari dari Abdullah bin `Amru r.a., Fath al-Bari (5:121).

Sumber:www.islamgrid.gov.my

Khamis, 28 Mac 2013

Termiss Rutin Harian..

As salam..
biasanya setiap pgi..before siap2 pegi keje,mesti pakai jam baby g kesha then cincin..itu rutin harian..
tp hari ini..
dah sampai tempat keje,tgh breakfast,bru sedar..OMG tak pakai jam..
so weird...seriously..
ape2 je..mesti tgk jam..then,harini boleh lak terlupe..Pikir pasal ape aku ni..smpai lupe nak pakai jam(fikir bile gaji nak masuk kot)..hahaha..

 miss my watch so much..x lengkap rase diri nih..

Selasa, 26 Mac 2013

What a Day..

hahaha..
sampai halfway..oo..oo.minyak dah nak habis..huhu
so.;.planning to isi minyak at the nearest petrol pam..
so..check purse...Ya allah purse tertinggal plak dah..
Alhamdulillah dengan izin Allah..Selamat sampai kat tempat keje..walaupun minyak dah nyawa2 ikan..huhu

Rabu, 20 Mac 2013

Dah Pandai nak Membaca Dah..

Hmmm..dah pandai nak membelek2 majalah dah..
Cara belek tu mcm org dewasa dah..if x bagi..mengamuk  dah die..menjerit mengalahkan tarzan.
If try mintak..umi nak tengok...umi nak....terus bagi...baik nye die..
dah pandai and faham ape yang kite suruh..Alhamdulillah..

Kecewa






Lunch tadi.Pegi makan kat satu kedai..rasenye x yah sebutla kot nama kedai tu.Selalu order goreng goreng..tp saje nak ubah selera harini.Kami order nasi putih ngn tomyam ayam.
First tanye dulu..akak boleh buat tak?coz biasa die masak goreng2 je..then akak tu ckp ok.. Boleh no problem..Tunggu lebih kurang 6 minit cam tu lar..zassss..dah sampai dah hidangan tomyam ayam yang ditunggu tunggu..hmmmm..rasenye cam takde bau ape2 pun yang berkaitan dengan tomyam pun tadi..hmmm..tetibe dah siap..pelik jgk tu.
Bile sampai tang merasa tuh..hmmmm..speechless..bukan sebab sedap..xde rase lansung..
Sabarjela wahai hati.. tapi sebab lapar punye pasal..telan je lah..

Khamis, 14 Mac 2013

Kipas Jadi Mangsa..

Asalnye stroller fan Auni macamni..

Mulenye takut sangat ngan stroller fan nih..Bile on je menangis..Itu kisah 4 bulan lepas.Nampakje stroller fan tu on..menangis..Takut benar nampaknye..
Ok..itu kisah 4 bulan lepas..Bilah kipas tu selamat sebenarnye..x akan mencederakan baby..
Skang ape dah jadi?
 Lihat lah hasilnya...Tadaaaaaaaaaa...2 bilah kipas tu dah selamat menjadi mangsa Auni..
Ini kes dah terlampau berani nih..Auni dah tahu dah stroller fan ni xkan mencederakan tangan die..Malah skang ni suka benar duk main kipas tu..On jer kipas tu..dengan slow motion  nye die sentuh bilah kipas tu..and kipas tu berenti sekejap dan putar balik..Auni jadi suke..experimen menjadi katanya..(memandai je umi die)..
Tinggal Satu saje lagi ni..Menunggu Mase je nih.. 

Rabu, 13 Mac 2013

Wajah Yang Menenangkan..

Bile tgk je muke Auni..tenang rase hati..nak marah pun cool je.
hati yang gundah pun,kembali tenang.
 comelnye Auni..Alhamdulillah..Perangai pun tak banyak kerenah..Cume mulut die bising sikit.(cam umi die kot)..hahaha..
Nampak clip rambut warne pink tu..hehehe..rambut tak lebat mane..tapi auni tetap Comel..
Ramai yang duk menegur mata die..Bulatnye mata die..ikut sape ek??

Selasa, 12 Mac 2013

Pantang tengok Camera.

Pantang tgk camera si Auni nih..
nampak je flash dri camera..terus buat muke cegini..
Konon posing la tuh..Konon Comel Sangat lah tu.
Dengan rambut kerinting nye..Auni..Auni..Ikut sape ni rambut kerinting nih..hah.
Papa beria ckp..Auni ni rambut lurus ni..mesti cantik..Nnti nak dandan cam adik Mia sara tu..Berangan je lebih Papa Auni nih..Hambik..Kerinting terus rambut Auni..Faham2 je lah..Genetik Sape..Wahahahaha..

Isnin, 11 Mac 2013

Auni Model Sapu Tangan

Auni dah genap setahun..Alhamdulillah syukur..
Semoga Auni sentiasa dilindungi OlehNya..Amin..

Semakin membesar..Makin banyak perangai baru yang Auni nak tunjuk..(jap cam ayat poyo jer) Ape-ape je lah..

1. Suke nak memunggah barang.(moral of story..rumah mmg x leh nak kemas sangat lah.kalo kemas pun tak sampai 1 minit..(auni datang dengan rela hati utk tolong mengemas..(sepahkan balik) SABAR jelah ye..

yang paling die suke geledah/punggah ape yang ade dalam handbag aku..Hamboi..kemain lagi ek..

Tgk..ape Auni Jumpe dlm Handbag umi die..SAPU TANGAN..


2. Bebel..Auni yang kuat membebel ok..Kalah umi die skang..(bebel dalam bahasa sepanyol)
Setakat yang aku faham skang ni..PAPA..MAMA..yang terbaru KAKAK..sejak bile ade kakak..haha..

3.liat nak tido malam..Mmg menduga kesabaran betul.SABAR ye..dulu2 xde lah macamni..
Makin membesar nih..banyak nak main skangni..

Jumaat, 1 Mac 2013

1st March 2013_Auni Menggedix..Haha

Hari ni Auni dah 1 Tahun...Yea...Yea..
Alhamdulillah..Semoga menjadi Anak yang Solehah..
Umi & Papa Love Forever..Muaah..Muahhh
Ni video semalam..Auni nak sebut PAPA..hehe..Akhirnya berjaya..
Keep  Repeating Same thing..End up..jadi bahan gurauan..hahaha..tu yang gelak sakan Tuh..
But She's Cute...Comel kan..kan..



Note: Suruh Panggil Umi..Die Panggil MA-MA..suke hati lah anak oi..

Khamis, 21 Februari 2013

25 Rules of being close to Allah SWT =)



1.  Start off each day with 'adhkaar al-istiyqaadh' (waking up Supplications), thanking Allah for waking up in good shape.

 2.  Put Allah first in your life.

 3.  Broaden your horizons - learn 5 new verses from the Quran every day, travel to pray far in the mosque to brighten your day,take up a booklet having supplications and read them.

 4.  Pray Salaat Al-dhuhaa (after sunrise).

 5.  If someone says something mean  ;to you, just shrug it off and dismiss it in a friendly, laidback manner, and pray that Allah shall forgive them.

 6.  When you get angry, remember Allah, and how short and worthless life is to waste in being Angry.

 7.  Remember that you can never have too many friends, but you can have few quality friends that help you fulfill the purpose of your creation (i.e. live for Allah).

 8.  When you're happy, try to share your happiness with others. Thank Allah for that, and pray its continuation.

 9.  When something bad or embarrassing happens to you, just think that it could always be worse, remember the reward of patience,and thank Allah that it's not worse than it is.

 10. Do something extra of goodness once in a while, like feeding a poor person, or caressing an orphan's head.

 11. Never stop believing that you can win Allah's love and thus work For it. Then you can win the love of Allah's slaves.

 12. Spend some time thinking of Allah's amazing creation.

 13. Always love those who love Allah unconditionally. This way you will ensure that you live for Him, love for Him, and hate for Him(those who are enemies of Him).

 14. Find the righteous ways to express yourself, and if you think that what you are about to say shall cause no benefit, maintain silence (this is tough!!).

 15. Every now and then, give yourself a break. Play sports, give time to your family, friends, but always remember Allah and watch that He is watching you.

 16. Pray for blessing to come to those being lost, and pray to Allah to guide them to the right path.

 17. Hug your parents, kiss their hands and heads and always obey but stop at Allah's orders.

 18. Smile to everyone, for your smile makes a big difference to him or her and you are rewarded.

 19. Forgive, forget and smile.

 20. Tears are not for women only... tears are for all human beings with feelings remaining in them. Don't restrain your tears when remembering Allah.

 21. When people criticize your actions and effort, revise your actions and see if they please Allah or no. If they do; then ignore and remember how the Prophet (SAAW) and the Sahaba were criticized, made fun of and even physically harmed, so have patience.

 22. Read the Quran daily and try to have a schedule for completing it as much as you could. As you open the Quran daily, read with observing not just passing your eyes through the words.

 23. Don't let popularity go to your head, for it never lasts and you may lose from it more than gain.

 24. Never look down on anybody, for, to Allah, they may be better than you.

 25. Send this to all brothers with the intention of having a healthy society living for Allah and pray.
 
Source:muslimtents 

Khamis, 14 Februari 2013

Back To Work After Long Holiday

Morning all..Upppsss..afternoon all..

Yess..back to work after Long Holiday..
Hmmmm..guess what??of course lots of work have to be done within this 2 days.
Update course file,marking and marking,set the question for quizzes.. huaaaaa..
Notes, slide presentation..

Chaiyoooook..

Sebenarnye teringat kan Auni a.k.a Mak Jemah yang kene demam campak tu..
kene Demam Campak macam x Gaye Demam..Membuasnye Ya Allah...Tuhan je yang tahu..
Semalam,boleh die nak panjat sofa kat ruang tamu..Sofa tu tinggi ok!!!!tinggi...bile marah..die senyummmm..Of course lah x jadi marah..Ikut perangai sape lah ni..Of course bukan perangai aku..aku sopan sikit...hahaha..sikit je lah.Belum sampai nak bukak peti ais and masuk duk bertapa dalam tuh..Tu perangai org lain..Not me..Paham2 sendiri la ek sape..wahahahaha

 nampak tak gigi Auni tuh..ala..yang 2 batang kat atas tuh..Gigi Kapak wokey..Besar  pastu jarang...Bile tengok je gigi die..rase nak guling2 gelak..

Papa die..Selalu kutuk budak iklan kat tv tu yang ckap"Kenapa awak xde duit"iklan tu lah..budak tu kan gigi Kapak besar..
2la jangan mengata anak orang..tp xpe ini gigi susu je pun..belum gigi betul lagi..

Selasa, 5 Februari 2013

Marking Scheme

 



morning everyone..

marking scheme..actually i have to mark student exam papers..ya..of course planning to mark it during weekend..tp mcm biase la weekend dihabiskan dekat rumah..kemas rumah,melayan si kecik,buat itu ini,mendobi dsb..sampai terlupe nak mark..nasib deadline esok..wahaaha..and baru sedar,dlm beg keje,just have student answer script je without answer which aku tertinggal kat ofis.mmmm..patutla cam xde mood nak marking paper..hahahaha..
ni baru anak sorang,kalo 2 ke 3 ke?ape lagi yang aku nak tinggal..huh..




Isnin, 4 Februari 2013

Adab Di Jalan Raya

kenapa aku nak ckp pasal hal ni..sbb tiap2 hari duk hadapi masalah yang same.masalah dikalangan pemandu di malaysia yang boleh aku kate tak beradap..tak semua la..segelintir la..sape yang makan cili terasa lah pedas nye..Kebanyakannya Selfish..Kenapa aku kate cam tu???coz masing2 nak sampai on time ke tempat keje..Gerak dah lambat nih..Tp nak sampai Awal..So ape diorang buat..Potong que lah..yang sepatutnya 3 lane jadi 5 lane..Macamane tak jem..undang2 buat sendiri..
Pada aku lah nak masuk lane lain ke ape ke?yang penting bg signal..Tu yang penting..So orang x sakit hati..Ini tidak kereta die dah besar dah..tetibe nak menyelit lane org..tak bg signal plak tu..mmm...kete die mahal sangat kot,tu yang x boleh bg signal tu..Macam2..
Pagi2 hari dah stress..
Tepuk dada tanye Selera...Berhemah kah anda???

Rabu, 2 Januari 2013

Auni dah Mula Becok!!!

Becok!!!meaning byk mulut..dengan erti kate lain...MEMBEBEL..

nak tido pun die bebel jgk..

Kalo die buuusannn..Lagi best..Die Menyembur..nnti syira upload video nye ye..

Anak oh anak..haizzz..

Jom Sama2 check perkembangan bayi di umur 10 bulan..

Coz Auni dah 10 bulan semalam..hehehe..

-Sumber Babycenter-

1. Melakukan pergerakan yang lebih banyak

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan. 

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi. 

2. Memegang dengan jari-jemarinya

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik. 

3.Personaliti yang berkembang

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya. 

4.Menangani ketakutan bayi anda

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya. 

5.Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul. 

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu. 

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas. 

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan). 

-Sumber BabyCenter- 

Yang No 5 tu..mmg dah la..walaupun tak faham..tp faham2 je la ye..hehehe..

Contohnya mcm ni ha...

 

 Mungkin Auni Cakap ni Kot..

"dah2 la umi amik gambar..Sedar la Auni lagi Comel & debom dr Umi..Ok...Terima la hakikat...Cepat Auni jalan2...Jom..



Fisher Price Auni.




Happy New Year 2013 everyone!!!

Ape azam baru korang???
Semoga Tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dr tahun yang sebelum nya..
dan of course mari kita tingkatkan amalan kita kpd Allah s.w.t..Sama-sama perbaiki diri utk menjadi insan yang lebih baik..Amin.

Dan sy..want to become more organize mummy!!! :):) hehe..
First2 jadi mummy ni huru hara sikit hidup..haha..time to be more organize..YES!!!!
Chaiyok..

Ape Auni buat semalam?????Kiteorg jalan2 makan angin..Pegi Aeon Taman Maluri..

And i bought this for her...


 yezzza...its good for her..Sor far..Auni pandai keluar kan gelung tu..And she really excited to this so much..